Tuesday, September 29, 2015

Trend... tolong aku

Asalamualaikum trader semua.

Sihat hari ni, trading ada banyak untung?, emosi hari ni ok tak, stabil?, terganggu?, trend hari ni, dah nampak arah tak.... 

Ok, kali ini aku nak cerita sikit pasal trend. Masa aku baru joind FCPO dulu, mana la kau tahu pasal trend, makna bullish dan bearish pun aku keliru, mana satu up trend, mana satu down trend, asik cek kamus je, dah la aku ni tak beberapa nak khatam english, tu yang payah tu.

Masa mula mula aku buat trading dulu, aku tak berapa nak ikut trend sangat, sebabnya aku  tak pandai. aku cuma buat intraday trading. Apa harga yang bergerak tu la yang aku ikut, bila harga naik aku buy, bila harga harga turun aku sell, kan senang.... senang memang la senang, rugi pun senang jugak....

Sebenarnya apa yang penting sangat kena tahu pasal trend ni?. Penting!!! memang penting, bila kita tahu baca trend, ia memudahkan kita buat trading dan kita boleh rancang kat mana harga yang kita patut masuk dan kat mana kita kena keluar. Bila kita dah boleh baca trend ni, ia boleh mengurangkan kerugian semasa buat trading. Lagi satu, kalau kita salah masuk trend dan kerugian tu masih boleh dikawal, sebab kita dah tahu kita salah masuk. Celik trend ni juga bantu kita mengawal emosi, kan harga pasaran FCPO ni sekajap naik sekejap turun. Jadi tak de la mengugat sangat emosi kita walaupun kadang kadang rasa nak tergugat jugak, biasa la tu...

Kata la hari ni korang dah buat kajian tentang arah trend dan dah dapat baca arah trend lepas opening price. Lepas tu apa yang korang plan tu tepat atau lebih kurang tepat, walaupun harga trend tu boleh berubah arah, tapi korang pasti yang harga tu akan ikut semula trend tadi, jadinya tak de la korang terkejut sangat dan panik, sebabnya, trend akan ikut satu arah saja walaupun harga ada turun naik nya (bab ni kena balajar lain tajuk)

Sebenarnya tahu arah trend sahaja tak cukup, banyak lagi pekara yang perlu tahu. Kenapa opening price kat sini, kenapa harga boleh naik, kenapa harga boleh turun, kenap harga yang naik atau turun tu ada hadnya. Kenapa harga boleh buat pusingan U dan banyak lagi persoalan yang perlu di ambil tahu dan dikaji. Jadi kat sini aku tak dapat la nak cerita panjang sangat pasal persoalan ni. Sebabnya aku nak korang kaji sendiri dan pasti korang akan dapat jawapannya...Insa Allah. Buat kajian ni lebih banyak manfaatnya daripada mengharap kajian dari orang lain dan lagi korang akan ada strategi sendiri bila nak masuk medan perang nanti. Fuuh.... lepas pun yang terbuku kat hati ni...

Aku pun dah penat nak sambung bebel ni, harap korang tak marah kalau apa yang aku tulis kat sini ada menyakitkan hati korang atau pun aku tersalah info ke, kan aku cerita daripada pengalaman aku... maaf je la aku pinta... Assalamualaikum.

Monday, September 28, 2015

Emosi tolong pergi

Assalamualaikum para trader

Berjumpa lagi kita dalam ruangan ini, Kali ni aku nak kisahkan macam mana emosi boleh buat kita rugi.

Kisah ni memang berlaku kat aku sendiri dan aku masih baru kenal FCPO masa tu, ada la belajar dari sifu sifu yang berkenaan, dan dah banyak kali juga buat trading. Sebenarnya aku telah dinasihatkan supaya jangan beremosi semasa buat trading. Namun aku ni kan manusia biasa tak lepas dan sering melakukan kesilapan walaupun dah taubat....emmmm.

Ketika tu aku buat intraday, masuk pasaran walaupun tak beberapa pasti arah trend pada mulanya. Aku masuk jugak, ya la... nak buat untung kata kan, kena la beranikan diri walau apa pun terjadi...
Jeng... jeng jeng...., aku pun place order dan oder fill, aku tunggu jap..., haa.. dah nampak ada untung ni... aku cakap tak pe boleh dapat lebih lagi ni tak lama lepas tu harga berubah arah dan melepasi paras harga yang aku masuk tadi, apa lagi aku dah mula panik, tak pikir panjang aku terus closed posisi pakai market order, untung tadi memang dah tak untung, tu yang aku tutup posisi tu. Alamak dah rugi la pulak..., tak pe aku masih boleh cover rugi ni, aku fikir. Masa tu memang aku dah lupa setiap ajaran tok guru supaya berdisiplin masa trading, Tok guru cakap kalau untung ke rugi ke hari tu, kena ambik nafas dulu, tenang kan diri atau tak payah masuk lagi pasaran takut kita dah hilang fokus. Tapi kan aku ni, kadang kadang berani tak bertempat aku ambil posisi lagi, konon nak cover rugi la.. lepas tu hampeh... rugi lagi, pada hal masa tu trend yang aku ikut memang dah betul..., pantang nampak rugi je aku closed. Disebabkan aku gagal mengawal emosi dan lupa semua ajaran yang diturunkan, aku telah tewas dengan emosi sendiri... Akhirnya petang tu aku termenung panjang... senyap je (dah rugi langsung tak de untung) sedih betul...

Apa yang boleh aku kata kat sini, sememangnya tak mudah nak kawal emosi kita ni, Emosi adalah musuh utama trader, kita kenalah banyak bertenang dan sabar masa buat trading ni, banyak kan latihan, kena banyak mengkaji dan belajar lengang lengok pasaran, Insa Allah dari situ kita akan dapat banyak maklumat dan pengetahuan, kalau tak cukup sorang guru, cari lagi guru untuk bertapa, kalau dah puas berguru, cuba pulak buat banyak kajian, belajar bersabar dan bertenang. Ibarat kan ilmu FCPO tak pernah habis... bila dah ada kemahiran nanti Insa Allah kemenangan akan dicapai...amin, Assalamualikum....  

Mahalnya harga sebuah kebodohan

Assalamualaikum trader...

Sebelum ni aku cerita pasal untung je, tapi kali ni aku nak cerita macam mana aku boleh rugi pulak... tak pe lah kalau korang nak kata aku bodoh ke apa ke, tapi daripada kebodohan aku masa lalu ni la menjadikan aku pandai sekarang ni. ha ha ha... amacam poyo tak ayat aku ni....

Gini ceritanya.... Satu hari tu, masa aku belum tau sangat sepak terajang FCPO ni... aku masuk pasaran awal dengan confidentnya dan aku berjaya buat keuntungan, banyak juga la... Tapi aku rasa tak puas, aku yakin boleh buat untung lagi dan aku masuk sekali lagi dengan harapan boleh lipat gandakan keuntungan pada hari tu.... Dan apa yang aku harapkan panas rupa nya hujan di tengah hari... Harga buat pusingan U pulak.... adoiyai.. tak pe aku cakap harga akan naik semula, pasti!!!, aku cakap sendiri. Aku pun tunggu punya tunggu punya tunggu harga tak naik naik juga, asik turun je, ada la naik sikit sikit tapi aku masih tak nak close posisi dan tak nak buat stop loss, sebab masa tu aku confident harga akan naik semula (kan sabar tu separuh dari iman...tapi sabar aku ni tak bertempat, tu la degil...) Dan akhirnya aku kecundang... banyak juga la rugi dekat riban gitu... tapi yang baiknya keuntungan masa awal hari trading tu dapat la cover sikit kerugian aku, tapi rugi tetap rugi...Itu lah harga yang terpaksa aku bayar untuk mengingatkan aku sampai hari ni.. memang aku tak kan lupa... pengajaran betul, serik aku.

Ok, pengajaran yang boleh aku kongsi kat sini ialah ilmu tu sangat penting terutama nak masuk pasaran FCPO ni, kalau masuk kosong kosong je memang cari penyakit. Sabar tu memang wajib tapi sabar perlu disulami dengan pengetahuan, jangan sabar tak bertempat. Memang seronok bila dapat untung tapi jangan terlalu tamak, nanti rugi yang ganti tempat untung tu..Ha lagi satu terlebih yakin pun bahaya jugak kan....

Dah la dulu, kita jumpa lain masa pulak, ada banyak lagi yang aku nak cerita ni. Assalamualikum...

Untung lagi

Assalamualikum trader.....

Bertemu kita lagi dengan coretan pengalaman aku dengan FCPO, sekali lagi aku nak melepaskan perasaan yang terbuku dalam dada ni....

Ok gini, lepas kejayaan pertama mendapat untung, semangat aku berkobar kobar nak buat untung lagi. Masa ni aku masuk intrday, duduk depan komputer, perhati pergerakkan harga takut  kalau harga bepusing, ye la... kan trader takut rugi....Akhirnya end of the day aku berjaya buat untung RM 500 untuk satu lot

Korang tahu apa yang aku buat. Kan masa tu aku masih kosong lagi pasal FCPO ni, dengan ilmu yang ciput, pengalaman tak de lagi....Aku main masuk je pasaran, kebetulan masa tu pasaran tengah bullish, so  aku pun masuk bila nampak harga naik dan aku keluar bila nampak harga turun sikit, betul betul takut rugi.. berapa kali aku buat macam tu....aku nekad je... duit dalam akaun banyak lagi rugi pun tak pe lah, kan nak belajar aku kata dalam hati.... kalau orang lain boleh dapat RM1500 satu lot sekali trade, aku dah cukup suka dengan RM500 yang aku dapat... dah kira banyak la tu...

Sebenarnya apa yang aku nak cakap kat sini, cara aku masuk pasaran masa tu berbahaya dan aku boleh rugi bila bila masa je.... Okey kenapa aku cakap macam tu, sebabnya masa aku masuk pasaran aku tak de strategi plan main masuk je, aku tak tahu nak jangka hari tu harga pasaran akan naik ke turun ke. Apa yang aku nampak harga naik aku masuk buy, bila nampak harga turun aku keluar sell, kata lah masa tu... aku dalam posisi buy, tak lama lepas tu harga terus jatuh sampai 15 ke 30 point tak ke terkejut beruk aku..... tapi ada ke harga terus jatuh mendadak?.. ada banyak kali, ada kala harga jatuh dari 20 ke 30 point, tapi lepas tu harga akan naik semula sikit demi sedikit.... Ada juga kes harga jatuh dan terus jatuh... haaa yang ni kalau salah masuk trend dan tak buat stop lost maka dia akan lost la jawabnya.....nagis gitu. Sebab tu aku nak cakap strategi plan tu penting sesangat. Kat sini kita boleh buat plan a, plan b, plan c. Kalau plan a tak jadi boleh ambil plan b atau c. Ok bab planing ni memang korang kena banyak belajar..Insa Allah tak rugi apa yang korang belajar ni....

Selamat bertrading dan jangan berhenti belajar, ilmu tu sangat penting dalam FCPO ni, semoga berjaya amin...Insa Allah jumpa lagi kita, Assalamualaikum wbt. 

FCPO oh FCPO

Assalamualaikum semua

Terima kasih sudi melawat blog aku ni, sama ada sengaja atau secara kebetulan semata mata he he hee...

Sebenarnya aku tak de la nak cerita berjela jela apa itu FCPO kat sini, sebab aku yakin yang masuk baca blog aku ni semuanya dah faham bebenor apa itu FCPO. Cumanya aku ni nak le melepaskan perasaan yang terbuku je, ya le mana tau dengan perasaan yang terbuku ni ada ilmu yang boleh dijadikan panduan pada sesiapa yang memerlukan. Ada juga manfaatnya.

Ok, sebenarnya aku masih baru dalam dunia FCPO ibaratkan masih tadika lagi. ilmu tak banyak mana pun...

Aku mula kenal FCPO semasa pergi ke rumah pelanggan (aku ni kerja sendiri), aku tengok dia ni mewah betol, kereta, rumah, moto dan lain-lain lagi. Dia ni ada kedai jual barang terpakai, tapi dalam fikiran aku, kalau setakat ada kedai je tak mungkin semewah ni. Pelanggan aku jenis peramah, jadi aku beranikan diri tanya dia apa yang dia buat, dia cakap dia buat forex. yeah.. aku dah dapat jawapannya... tapi masa tu forex dah difatwakan haram... aku fikir selain forex mesti ada jalan lain. Kalau forex haram, main saham masih boleh buat duit, tapi lambat le sikit...  So aku pun cari maklumat pasal saham sambil jeling jeling pasal forex juga. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa forum berkenaan CPO. Blur betul masa tu..., Aku terus cari maklumat CPO ni, Apa tu CPO...oooo rupanya FCPO, barulah faham sikit....

Bila dah faham sikit, aku cari Broker pulak, jumpa.... semua dari pak cik google je (terima kasih pada otai otai FCPO yang kongsi ilmu kat pakcik google), tapi masa tu aku cadang nak bukak akaun saham je.. masa daftar akaun tu aku tanya kat wakil dealer berkenaan FCPO, dia kata dia tak jaga bahagian FCPO, jadi dia kenalkan aku dengan sorang FBR. aku pun buat dua dua akaun sekali, Securities dan Derivatives.

Lebih kurang dua minggu gitu, aku pun bergelar seorang trader... (I m TRADER.... ayat ni boleh cari kat you tube, suka betul aku dengan ayat ni...he hee).

Bila akaun dah ada, tapi ilmu masih  kurang, lebih kurang tak de ilmu le.., aku terpaksa rajin kan diri cari ilmu biar lebih mantop, Tanya kat packik google, ikut seminar, beli ebook, buat kajian sikit, buat paper trade dan macam macam lagi lah nak dapatkan ilmu, ye la... ilmu kan penting, bak kata orang kalau nak berperang tanpa ilmu dan strategi pasti mati...kalau idup pun kira nasib la tu...Masa ni belum berani masuk pasaran lagi, cakap boleh le...

Jeng.. jeng jeng..... Aku ingat aku dah ready la nak masuk pasaran masa tu, aku pun transfer la duit masuk dalam akaun, konon nak buat trading. Apa lagi bila duit dah ada dalam akaun, tangan rasa gatal je nak klik butang buy dan sell, walaupun dada berdebar macam nak meletup rasanya. Yea.... buat pertama kalinya aku berjaya dapat untung  walau pun tak banyak... suka betul masa tu...Tapi aku nak ingatkan kepada trader yang baru nak mula, emosi kita totaly tak sama bila buat paper trade dengan masuk pasaran sebenar.. Masa buat paper trade kalau salah masuk trend kita tak rugi apa apa, tapi bila dah masuk pasaran sebenar kalau salah masuk trend, pasti emosi kita akan terganggu, kat sini la yang selalu buat kita rugi. Kita rasa macam nak keluar cepat je dari pasaran, ye la takut rugi banyak, tapi yang sakit hatinya lepas kita keluar dan tanggung rugi sikit tu, harga tadi ikut pulak trand yang kita ikut tadi, menyesal betul (dalam hati cakap... kalau la aku tahu).

Okey cukup sini dulu aku meluahkan perasaan aku, Insa Allah ada masa aku akan meluahkan lagi perasaan yang terbuku dendam ni. Jumpa lagi lain masa....  Assalamualikum.